Wednesday, December 28, 2011

wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepada untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datang nya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita
Mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


.imyours.

sakit di dunia peringatan azab di sana.

mak................................ tol0ng, adik kena air panas. huhu. sakit. hanya dua jari yang kena tapi sakit nya sampai ke kepala. terus bubuh air paip. okeh, mak ckp pas ni p letak minyak. letak minyak n letak minyak. berulang ulang mak cakap. hehe.
dalam kesakitan yang masih terasa, terus terfikir. Ya Allah, hanya dua jari dari sebahagian tubuhku yang merasai sakit ini, maka bagaimana pula dengan azab neraka yang Allah janjikan kepada orang yang berpaling daripadanya nanti? nauzubillah. Ya Allah, lindungilah aku, ibu bapa ku, keluarga ku, guru-guru ku, rakan-rakan ku dan jiran-jiran ku dari azab neraka mu.


"Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan kami masukkan ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

Terjemahan Surah al-Nisa: 56

Saturday, December 24, 2011

no iklan for 2 days while doing an assignment.



Pagi tadi masak ngan yana, gaduh ngan yana, angkat meja ngan yana, sidai baju ngan yana. Malam ni kita berpisah sementara eh.









Pagi tadi numan xde. balik2 je dia tanya,
acik rindu numan x? kawan2 nu'man
ada datang cari numan x?


 



Ini budak d0k sengeh2 je balik. acik suka. ilang semua masalah acik. sayang jaei.













::semua milik Allah::

....aciksayangsemua...

::My Mak's Opinion::

Tajuk: Pendekatan Solat terhadap Pembentukan Akhlak Remaja.
Kaedah: Interview.
Intervieew: Puan Siti Aisah Jarmuji.

1. Apa pendapat Puan tentang remaja masa kini?
Remaja masa kini……… Bila dilihat secara kasar, hanya sebilangan kecil remaja yang mengerjakan solat yang sempurna. Selain itu, yang lain solat juga tapi hasilnya masih tak sempurna. Contohnya masih tidak menutup aurat. Hasil yang sempurna yang dimaksudkan tu solat dan tutup aurat, itu rasanya lebih sempurna.

2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku?
Okeh, yang pertama sekali adalah didikan ibu bapa itu sendiri. Perlu dididik dengan berhemah, lebih dekat, dengan penuh kasih sayang, sentiasa beri anak itu tunjuk ajar. Dan yang paling penting, ibu bapa kini perlu doakan anak-anak taat kepada Allah. Kalau anak itu taat kepada Allah, anak itu akan taat kepada ibu bapa, seterusnya mengerjakan rukun-rukun Islam. Jadi pergaulan dengan masyarakat, secara xlangsung akan terjaga. Bila dengan masyarakat, ucapan ‘Boleh saya tolong?’, ‘Boleh saya bantu?’ akan menjadi kebiasaan. Tidak mementingkan diri sendiri. (Jaie menangis, nenek angkat, adoii, nenek tak kuat angkat lah).

3. Pada pendapat Puan, adakah pengabaian solat di kalangan remaja juga menjadi faktor keruntuhan akhlak remaja, dan jelaskan mengapa?
Erm, secara kasarnya memanglah keruntukan akhlak remaja berlaku akibat pengabaian solat. Tapi yang utamanya sebab ibu bapa tak mendekati. Kalau boleh ibu bapa kat rumah tekankan pendekatan solat, contohnya solat berjemaah mesti sekurang-kurangnya sekali sehari solat bersama. Ibu bapa kena beri masa, cari masa, mesti. Anak lelaki galakkan pergi surau, sebab remaja lelaki yang pergi surau cari masa untuk pergi surau, besar pahalanya. Ini untuk melatih dia menuju dewasa. Bila dewasa, secara automatic dia boleh pimpin keluarganya nanti. Anak-anak remaja perlu digalakkan untuk pergi ke masjid, bukan untuk solat je, tapi pergi dengar pengajian (ceramah). Ibu bapa kena pastikan perlu tanya soalan pertama. Sudah solat? Bukan sudah makan? Hari-hari jangan jemu, tapi dengan syarat, dengan……………….kesabaran.

4. Pada pendapat Puan adakah keruntuhan akhlak di kalangan remaja akibat daripada pemahaman yang kurang mengenai kepentingan solat, dan jelaskan mengapa?
Ianya memang antara salah satunya, ini kerana bila pemahaman kurang, xjelas kenapa perlu dilakukan jadi ia akan diabaikan. Sebab bila solat diabaikan, ianya kan menular ke semua tempat. Ibarat satu pokok, kalau ianya tak dijaga tak disiram tak dibaja, ianya akan menular, ranting-ranting akan rosak, buah pun xelok, busyuk. Samalah macam remaja yang xjaga solat, aurat pun xjaga, akhlak xjaga, dengan masyarakat xjaga. Jadi remaja perlu pilih kawan yang baik dan s0leh, dan ibu bapa perlu pantau. Dengan kata lain, dekat dihati. Takutnya, bila benda yang awal (solat) tak ditekankan, kemudian dicampur dengan rakan-rakan luar yang tak bermoral, jadi bagaimana? Oleh itu, masyarakat berperanan jadikan anak mereka anak kita, anak kita anak mereka.

5. Apakah kesan pengabaian solat terhadap pembangunan akhlak remaja?
Kesannya…erm, kesannya sangat.. ibarat kata sangat serius jika solat itu diabaikan, akan terjadilah remaja yang keruntuhan akhlak, remaja yang tiada adab, tidak menghormati orang tua. Terjadi gejala sosial seperti bila bekerja xamanah, erm, pergaulaan bebas, mencuri, xde perasaan tanggungjawab.

6. Melalui pemerhatian Puan terhadap anak-anak/pelajar-pelajar, apakah perbezaan yang ketara antara remaja yang menunaikan solat dan yang tidak?
Termenung dan menghela nafas… Sangat ketara perbezaan antara remaja yang solat dan tidak. Ibarat kata remaja yang solat ini ibarat binaan yang kukuh dan bekas yang penuh dan mantap. Yang tak solat ibarat bekas atau tin yang kosong. Tin yang kosong mudah ditiup angin, disepak pun mudah melayang. Itulah yang terjadi kepada remaja kita sekarang. Rohani nya kosong, terhakis. Tin yang kosong dan mudah jatuh, itulah ibaratnya, bagai keruntuhan akhlak. Tapi kalau seseorang itu mengerjakan solat dengan betul, tamaaninah, khusyuk, insyallah, pokok yang subur, buah-buahnya sedap, manis, rantingnya juga kukuh, angin yang datang pun ianya kuat. Tin yang penuh, binaan yang kukuh sentiasa teguh dan mantap.
::bintuhumaira:: .i luv my mak.

Friday, December 23, 2011

Dakwah kepada orang bukan Islam

Dalam memahami golongan bukan Islam, ianya memerlukan satu metodologi yang bijak untuk memastikan mesej yang disampaikan mencapai matlamat.[1] Oleh itu, mawdu’[2] yang sesuai perlu digunakan untuk menghilangkan prejudis dan salah faham serta memenuhi keperluan mereka dalam kehidupan yang sebenar. Persembahan yang menarik serta maqasid[3] yang jelas adalah sangat penting dalam usaha memahami mereka tentang Islam yang sebenar. Oleh itu, pendakwah haruslah berusaha dalam mencari ruang yang boleh menarik mereka memahami Islam. Dalam Surah al-Baqarah ayat 272, Allah telah berfirman:-


“Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Apa pun, harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apa pun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).”
Terjemahan Surah al-Baqarah (2): ayat 272


Untuk itu, untuk menarik orang bukan Islam, kita haruslah lebih kreatif dalam mempersembahkan sesuatu. Ini kerana antara metode dakwah untuk menarik sasaran ialah persembahan yang cantik, mengemukakan sesuatu pemikiran dengan label-label yang baru, mengemukan isu tepat pada waktunya, menggunakan psikologi serta penguasaan ilmu semasa yang luas ( Abd. Aziz Mohd Zin, 1999).[4]
Sudah menjadi lumrah manusia sukakan kecantikan, ini bermaksud sasaran memerlukan satu pendekatan yang mampu menarik mereka melalui sudut atau teknik yang sesuai. Melalui psikologi pula, Dr. Yusuf Al-Qaradawi (1996) menyatakan bahawa ianya penting untuk memahami sasaran. Jika pandakwah mampu memahami psikologi orang bukan Islam, maka ianya memudahkan untuk menerangkan tanda-tanda kekuasaan Allah, menolong memahami dalil atau tafsir sesuai dengan akal semasa dan memahami rahsia hukum syarak yang boleh meningkatkan keimanan.



Media antara salah satu medium yang paling dekat dengan pendekatan psikologi dakwah. Ini kerana, media mempunyai daya tarikan psikologi yang cukup kuat dalam mempengaruhi pemikiran seseorang. Psikologi dakwah juga boleh diertikan sebagai ilmu pengetahuan dan kajian terhadap perwatakan serta emosi manusia untuk kepentingan dakwah itu sendiri (Fariza 2009).
Dalam Surah asy-Syûră ayat 15, Allah telah berfirman yang bermaksud:-



Kerana itu, serulah (mereka beriman) dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammad) dan janganlah mengikuti keinginan mereka dan katakanlah, “Aku beriman kepada kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan agar berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami perbuatan kami dan bagi kamu perbuatan kamu. Tidak (perlu) ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah (kita) kembali.”
Terjemahan Surah asy-Syûră (42): 15


Penguasaan orang bukan Islam dalam menguasai media memang tidak dapat disangkalkan lagi terutamanya media elektronik. Perkembangan teknologi maklumat sejajar dengan kesungguhan mereka menguasai media memberi cabaran besar kepada umat Islam. Antaranya adalah bidang grafik yang banyak dipelopori mereka dan kini diangkat sebagai bidang kerjaya komersial. Oleh itu, umat Islam perlulah kehadapan untuk terus memahami orang bukan Islam dan secara berhemah dalam usaha mendekati mereka dan salah satunya adalah menggunakan pendekatan melalui sentuhan grafik.


[1] Ab. Aziz Mohd Zin (1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h.99.
[2] isu
[3] matlamat
[4] Ab. Aziz Mohd Zin (1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h.99.






::Nurul Akma Osman::




Wednesday, December 21, 2011

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my.my
http://www.hanan.com.my/






Tarikh: Khamis, 27 Julai 2006 @ 0:34:02 Topik: Semasa


(Ini adalah pesanan dari Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan dari Khalil)


Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui.


Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini. Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah.


Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.


Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan. Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia.


Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya??? Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia. Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.


Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir? Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin.


Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.


Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka? Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan.



Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan? Umat Islam di Malaysia sekelian, Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.


Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya. Umat Islam di Malaysia, Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.


Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami. Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini... Allah Akbar!!! Saudaramu, Khalil Ismail al-Haya Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin, Kuala Lumpur, 14 Mei 2006.

Wednesday, December 14, 2011

chill my day

Ketika on progress buat esement, tibe2 datang seorang budak ini kemudian keluar balik.




Kemudian budak ini dan keluar balik.


Kemudian budak ini dan keluar balik.







Kemudian ketiga-tiga datang serentak. :) :)







Dioranx ini ibarat iklan time buat asement. Dial0g biasa dengan di0rx.
Numan2, numan sayang acik x?
Yana..............acik sayang yana.
Jaei~~~~~~aiggoooooooo2.

hehe. sayang k0rx.

Semoga di0rx jadi anak s0leh and s0lehah t0 my br0ther n family.
Pesan acik~~

"Hai anakku, dirikanlah s0lat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)"
Surah Luqman (31): 16


l.0.t.s.0.f.l.u.v
nuyunyuyun

Friday, December 9, 2011

Pergantungan kita hanya pada Allah



salam.
lama dah xupadate bl0g ni. xmacam masa kecik dulu, everything yang terjadi mesti tulis kat diary. setiap tahun mesti beli diary. seingatnya, dapat anak kucing baru pun tulis dalam diary. hehe. tapi bila da besar ni, banyak benda yang terus telan dan hadamkan. bgus x untuk kesihatan? hehe. makin banyak ditelan, makin banyak yang dapat dirasa sendiri dan terus jadikan experience. ada pepatah 'experience is the best teacher'. memang exactly lah tu. :)
malam ni 0tw untuk siapkan assignment yang ke... erm jap nak pikir. ha! yang ke-5 sepanjang sem ni. ada lagi 1, 2, 3, 4. yeah, 4 lagi dan perlu disubmit at the end of this year. hehe. ketika sedang syok2 buat, tetibe ada gangguan yang berupa serangan fikiran yang masuk tanpa diduga. nway, smg Allah memberkati dan merahmati setiap amalan yang kita lakukan. need to stop coz walau macamane stress pun kita, ianya xakan terluah semudah itu kerana hanya pada Allah lah tempat kita bergantung dan mohon pertolongan. :) :)

j0m tengok Surah al-fatihah ayat 5.
'Hanya kepada Engkaulah ya Allah kami menyembah dan mohon pertolongan'
(Surah al-Fatihah, ayat 5)

c.h.i.l.l.w.i.t.h.m.e
yuyunuyun is m0re better now. :)