Thursday, January 24, 2013

Hak-hak anak


Anak-anak adalah permata paling berharga buat ibu ayah. Lebih-lebih lagi bagi parents yang tak ada permata hatta emas berjuta lemen. Tapi anak-anak akan menjadi lebih berharga bila permata tu bukan hanya jadi perhiasan sahaja, tapi dijaga dengan baik. Maksudnya dididik dengan penuh kasih sayang dan dipenuhi segala keperluannya. Dipenuhi keperluannya adalah dipenuhi hak-hak nya sebagai seorang anak. Bukanlah anak-anak nak i-pad mahupun gadget gadget yang seumpama dengannya pun nak bagi. Bukan, hak-hak anak menurut Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin adalah berikut:- (eh macam tesis lak, hehe).
  • sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:-
          "Salah satu daripada hak-hak anak atas orang tuanya ialah supaya orang tuanya mendidiknya dengan budi pekerti serta memperindah namanya"
                                                                       (Diriwayatkan oleh Baihaki)
  • sabda Baginda s.a.w. lagi yang bermaksud:-
"Persamakanlah antara anak-anakmu dalam pemberian"
                                                                       (Diriwayatkan oleh Thabrani)
  • Disunatkan menaruh kasih sayang kepada anak-anak
  • Ketika nabi mencium cucunya, Hassan, Aqra' bin Habis ternampak dan beliau berkata "saya ni yang dah sepuluh orang anak pun xpernah saya cium". Lalu nabi bersabda:-
"Seseungguhnya orang yang tidak ada rasa belas kasihan tentu tidak akan dikasihi"
                                                                      (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Sungguh realistik penerangan Imam al-Ghazali melalui pendekatan yang disampaikan Nabi. Nabi sangat berhikmah dalam memberikan tips-tips parenting untuk kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian. Cuma kita ni kn la rajin sikit analisis. Lepas analisis abis siap lah bab 4.  
Mendidik anak bukanlah semudah mengajar. Mengajar cukup sekadar, 'idah (bukan watak sebenar), lepas makan letak pinggan atas sink', 'along, letak baju kotor dalam bakul'. Ajar n ajar. Sampai satu masa anak-anak xtau beza mana satu ajar mana satu bebel mahupun leter. Kat sini perlu lah ada didikan selaras dengan konsep mengajar.
            'Nu'man, lepas makan letak atas sink, Allah suka orang yang rajin dan bersih.'
          'Fatimah, main sama-sama adik ye, Allah suka orang yang berkongsi mainan, nnt kompom          masuk syurga.' 
Aiyoo, larat ke setiap ibu bapa cakap gitew kat anak-anak setiap kali anak lepas makan, lepas main. Tapi lebih bagus rasanya kalu cakap benda yang sama 'cepatlah berape kali nak cakap' berulang kali. Bila konsep ketauhidan diterap dalam diri anak-anak, secara tak langsung Allah sentiasa melekat dalam hati diorx. At least, anak-anak akan sentiasa menimbang-nimbang perkataan Allah yang melekat dalam hati mereka bila nak buat sesuatu.

Oleh itu, ibu bapa perlulah cakap benda-benda yang elok-elok je kt anak. Sebab anak-anak yang lahir diorx plain xtau siapa diri mereka, ibu bapa lah yang bagi label pada mereka. Apa label yang kita nak bagi, brand apa n copyright siapa. Copyright NAO Production. Semua itu ada pada ibu bapa. Bila ibu bapa cakap benda tak elok, sampai bila-bila anak-anak akan ingat n roh perkataan tu sedikit sebanyak mempengaruhi attitude mereka.

Sesungguhnya, aliran kasih sayanglah yang menjadi tali pengerat antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak akan rasa kehadiran ibu bapa adalah segala-galanya bagi mereka. Dan mereka tak akan kalut cari kasih sayang kat luar rumah sebab dalam rumah dah dipenuhi dengan kasih sayang. Yang pastinya, hubungan dengan Allah perlulah sentiasa subur supaya hubungan anak sentiasa mekar. Doa, berpuasa sunat, bersedekah, bersangka baik dengan orang, jaga hati dan lidah, jangan pandang rendah pada orang lain adalah antara amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa.

Moga Allah pelihara kita dan keluarga kita dari azab api neraka dan seksaan kubur.





Tuesday, January 22, 2013

Lurus Multazam itu


lurus di multazam itu
melihat cerminan diri
yang banyak khilaf lalai dan lupa
pada makna hidup di dunia
yang penuh debu kehambaan di sini
menilai merenung menginsafi

 
apa benar makna cinta
jika tiada getar dalam jiwa?
apa benar makna rindu jika
jika ibadah masih kaku?
apa benar makna kasih
jika diri diuji mengeluh letih?
apa benar makna sayang
jika pengajaran diambil ringan?

walau selautan dosa
walau segunung kesilapan
jangan dilupa pada pencipta
tempat bergantung segala harapan
dia juga pemakbul doa
tidak ditinggal hamba kesepian
janji syurga manis disana
sebagai tujuan sang kembara

di dunia mengumpul kebaikan
akhirat mencari keredhaan
kerna Allah kekasih sejati
padanya kita kembali


::alharamaini::

Wednesday, December 28, 2011

wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepada untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datang nya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita
Mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


.imyours.

sakit di dunia peringatan azab di sana.

mak................................ tol0ng, adik kena air panas. huhu. sakit. hanya dua jari yang kena tapi sakit nya sampai ke kepala. terus bubuh air paip. okeh, mak ckp pas ni p letak minyak. letak minyak n letak minyak. berulang ulang mak cakap. hehe.
dalam kesakitan yang masih terasa, terus terfikir. Ya Allah, hanya dua jari dari sebahagian tubuhku yang merasai sakit ini, maka bagaimana pula dengan azab neraka yang Allah janjikan kepada orang yang berpaling daripadanya nanti? nauzubillah. Ya Allah, lindungilah aku, ibu bapa ku, keluarga ku, guru-guru ku, rakan-rakan ku dan jiran-jiran ku dari azab neraka mu.


"Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan kami masukkan ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

Terjemahan Surah al-Nisa: 56

Saturday, December 24, 2011

no iklan for 2 days while doing an assignment.



Pagi tadi masak ngan yana, gaduh ngan yana, angkat meja ngan yana, sidai baju ngan yana. Malam ni kita berpisah sementara eh.









Pagi tadi numan xde. balik2 je dia tanya,
acik rindu numan x? kawan2 nu'man
ada datang cari numan x?


 



Ini budak d0k sengeh2 je balik. acik suka. ilang semua masalah acik. sayang jaei.













::semua milik Allah::

....aciksayangsemua...

::My Mak's Opinion::

Tajuk: Pendekatan Solat terhadap Pembentukan Akhlak Remaja.



Kaedah: Interview.



Intervieew: Puan Siti Aisah Jarmuji.

1. Apa pendapat Puan tentang remaja masa kini?

Remaja masa kini……… Bila dilihat secara kasar, hanya sebilangan kecil remaja yang mengerjakan solat yang sempurna. Selain itu, yang lain solat juga tapi hasilnya masih tak sempurna. Contohnya masih tidak menutup aurat. Hasil yang sempurna yang dimaksudkan tu solat dan tutup aurat, itu rasanya lebih sempurna.

2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku?

Okeh, yang pertama sekali adalah didikan ibu bapa itu sendiri. Perlu dididik dengan berhemah, lebih dekat, dengan penuh kasih sayang, sentiasa beri anak itu tunjuk ajar. Dan yang paling penting, ibu bapa kini perlu doakan anak-anak taat kepada Allah. Kalau anak itu taat kepada Allah, anak itu akan taat kepada ibu bapa, seterusnya mengerjakan rukun-rukun Islam. Jadi pergaulan dengan masyarakat, secara xlangsung akan terjaga. Bila dengan masyarakat, ucapan ‘Boleh saya tolong?’, ‘Boleh saya bantu?’ akan menjadi kebiasaan. Tidak mementingkan diri sendiri.
(Jaie menangis, nenek angkat, adoii, nenek tak kuat angkat lah).

3. Pada pendapat Puan, adakah pengabaian solat di kalangan remaja juga menjadi faktor keruntuhan akhlak remaja, dan jelaskan mengapa?

Erm, secara kasarnya memanglah keruntukan akhlak remaja berlaku akibat pengabaian solat. Tapi yang utamanya sebab ibu bapa tak mendekati. Kalau boleh ibu bapa kat rumah tekankan pendekatan solat, contohnya solat berjemaah mesti sekurang-kurangnya sekali sehari solat bersama. Ibu bapa kena beri masa, cari masa, mesti. Anak lelaki galakkan pergi surau, sebab remaja lelaki yang pergi surau cari masa untuk pergi surau, besar pahalanya. Ini untuk melatih dia menuju dewasa. Bila dewasa, secara automatic dia boleh pimpin keluarganya nanti. Anak-anak remaja perlu digalakkan untuk pergi ke masjid, bukan untuk solat je, tapi pergi dengar pengajian (ceramah). Ibu bapa kena pastikan perlu tanya soalan pertama. Sudah solat? Bukan sudah makan? Hari-hari jangan jemu, tapi dengan syarat, dengan……………….kesabaran.

4. Pada pendapat Puan adakah keruntuhan akhlak di kalangan remaja akibat daripada pemahaman yang kurang mengenai kepentingan solat, dan jelaskan mengapa?

Ianya memang antara salah satunya, ini kerana bila pemahaman kurang, xjelas kenapa perlu dilakukan jadi ia akan diabaikan. Sebab bila solat diabaikan, ianya kan menular ke semua tempat. Ibarat satu pokok, kalau ianya tak dijaga tak disiram tak dibaja, ianya akan menular, ranting-ranting akan rosak, buah pun xelok, busyuk. Samalah macam remaja yang xjaga solat, aurat pun xjaga, akhlak xjaga, dengan masyarakat xjaga.
Jadi remaja perlu pilih kawan yang baik dan s0leh, dan ibu bapa perlu pantau. Dengan kata lain, dekat dihati. Takutnya, bila benda yang awal (solat) tak ditekankan, kemudian dicampur dengan rakan-rakan luar yang tak bermoral, jadi bagaimana? Oleh itu, masyarakat berperanan jadikan anak mereka anak kita, anak kita anak mereka.

5. Apakah kesan pengabaian solat terhadap pembangunan akhlak remaja?

Kesannya…erm, kesannya sangat.. ibarat kata sangat serius jika solat itu diabaikan, akan terjadilah remaja yang keruntuhan akhlak, remaja yang tiada adab, tidak menghormati orang tua. Terjadi gejala sosial seperti bila bekerja xamanah, erm, pergaulaan bebas, mencuri, xde perasaan tanggungjawab.

6. Melalui pemerhatian Puan terhadap anak-anak/pelajar-pelajar, apakah perbezaan yang ketara antara remaja yang menunaikan solat dan yang tidak?

Termenung dan menghela nafas… Sangat ketara perbezaan antara remaja yang solat dan tidak. Ibarat kata remaja yang solat ini ibarat binaan yang kukuh dan bekas yang penuh dan mantap. Yang tak solat ibarat bekas atau tin yang kosong. Tin yang kosong mudah ditiup angin, disepak pun mudah melayang. Itulah yang terjadi kepada remaja kita sekarang. Rohani nya kosong, terhakis. Tin yang kosong dan mudah jatuh, itulah ibaratnya, bagai keruntuhan akhlak. Tapi kalau seseorang itu mengerjakan solat dengan betul, tamaaninah, khusyuk, insyallah, pokok yang subur, buah-buahnya sedap, manis, rantingnya juga kukuh, angin yang datang pun ianya kuat. Tin yang penuh, binaan yang kukuh sentiasa teguh dan mantap.





::bintuhumaira::
.i luv my mak.

Friday, December 23, 2011

Dakwah kepada orang bukan Islam

Dalam memahami golongan bukan Islam, ianya memerlukan satu metodologi yang bijak untuk memastikan mesej yang disampaikan mencapai matlamat.[1] Oleh itu, mawdu’[2] yang sesuai perlu digunakan untuk menghilangkan prejudis dan salah faham serta memenuhi keperluan mereka dalam kehidupan yang sebenar. Persembahan yang menarik serta maqasid[3] yang jelas adalah sangat penting dalam usaha memahami mereka tentang Islam yang sebenar. Oleh itu, pendakwah haruslah berusaha dalam mencari ruang yang boleh menarik mereka memahami Islam. Dalam Surah al-Baqarah ayat 272, Allah telah berfirman:-


“Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allahlah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Apa pun, harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apa pun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).”
Terjemahan Surah al-Baqarah (2): ayat 272


Untuk itu, untuk menarik orang bukan Islam, kita haruslah lebih kreatif dalam mempersembahkan sesuatu. Ini kerana antara metode dakwah untuk menarik sasaran ialah persembahan yang cantik, mengemukakan sesuatu pemikiran dengan label-label yang baru, mengemukan isu tepat pada waktunya, menggunakan psikologi serta penguasaan ilmu semasa yang luas ( Abd. Aziz Mohd Zin, 1999).[4]
Sudah menjadi lumrah manusia sukakan kecantikan, ini bermaksud sasaran memerlukan satu pendekatan yang mampu menarik mereka melalui sudut atau teknik yang sesuai. Melalui psikologi pula, Dr. Yusuf Al-Qaradawi (1996) menyatakan bahawa ianya penting untuk memahami sasaran. Jika pandakwah mampu memahami psikologi orang bukan Islam, maka ianya memudahkan untuk menerangkan tanda-tanda kekuasaan Allah, menolong memahami dalil atau tafsir sesuai dengan akal semasa dan memahami rahsia hukum syarak yang boleh meningkatkan keimanan.



Media antara salah satu medium yang paling dekat dengan pendekatan psikologi dakwah. Ini kerana, media mempunyai daya tarikan psikologi yang cukup kuat dalam mempengaruhi pemikiran seseorang. Psikologi dakwah juga boleh diertikan sebagai ilmu pengetahuan dan kajian terhadap perwatakan serta emosi manusia untuk kepentingan dakwah itu sendiri (Fariza 2009).
Dalam Surah asy-Syûră ayat 15, Allah telah berfirman yang bermaksud:-



Kerana itu, serulah (mereka beriman) dan tetaplah (beriman dan berdakwah) sebagaimana diperintahkan kepadamu (Muhammad) dan janganlah mengikuti keinginan mereka dan katakanlah, “Aku beriman kepada kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan agar berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami perbuatan kami dan bagi kamu perbuatan kamu. Tidak (perlu) ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah (kita) kembali.”
Terjemahan Surah asy-Syûră (42): 15


Penguasaan orang bukan Islam dalam menguasai media memang tidak dapat disangkalkan lagi terutamanya media elektronik. Perkembangan teknologi maklumat sejajar dengan kesungguhan mereka menguasai media memberi cabaran besar kepada umat Islam. Antaranya adalah bidang grafik yang banyak dipelopori mereka dan kini diangkat sebagai bidang kerjaya komersial. Oleh itu, umat Islam perlulah kehadapan untuk terus memahami orang bukan Islam dan secara berhemah dalam usaha mendekati mereka dan salah satunya adalah menggunakan pendekatan melalui sentuhan grafik.


[1] Ab. Aziz Mohd Zin (1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h.99.
[2] isu
[3] matlamat
[4] Ab. Aziz Mohd Zin (1997), Pengantar Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h.99.






::Nurul Akma Osman::